Assalamualaikum semua.
Hari ini Iman nak
kongsi sebuat ebook yang amat berguna bagi anda yang beragama ISLAM. Bagi orang
Islam, Solat merupakan tiang agama. Rumah yang tiada tiang pasti
runtuh. Bergitulah kita yang beragama Islam telah diwajibkan untuk
bersolat 5 waktu setiap hari.
Allah berfirman
dalam Surah Al-Ankabut , Ayat 45 :
"Dirikanlah
solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan
mungkar."
Solat itu akan
mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Namun, pada hari ini, kita dapat
lihat, ramai orang yang mengerjakan solat, tetapi masih lagi melakukan
perkara-perkara yang buruk.
Mengapakah
perkara ini boleh terjadi?
Para ulama
berpendapat, "Solat" yang dapat melindungi manusia itu dari melakukan
perkara-perkara keji dan mungkar, adalah solat yang benar-benar sempurna yang
diterima Allah. Manakala, solat yang dilakukan secara sambil lewa dan tidak
sempurna, tidak akan mampu menjadi pelindung dan benteng kepada orang yang
mengerjakannya.
Bagaimana Untuk
Solat Dengan Khusyuk?
Nak lihat Video
Prof Hassan tunjuk beberapa cara
Ustaz Hassan
(Prof Madya Dr. Hasnan Kasan) penulis Buku & Ebook “Rahsia Solat”
berkongsi dengan kita. Ustaz bagi tahu kita di dalam 13 rukun solat,
terdapat 3 kategori rukun. Rukun fi'li (pergerakan), rukun qouli (bacaan) dan
juga rukun qalbi (hati). Untuk mendapatkan solat yang khusyuk, ketiga-tiga
elemen solat ini perlu dilakukan dengan betul dan sebetul-betulnya.
Bacaannya perlu
tepat dan diselami maksudnya, perbuatannya juga perlu selaras seperti mana yang
ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Kesedaran, kehadiran dan tumpuan sepenuh
hati ketika solat, akan menjadikan setiap solat yang dikerjakan penuh bermakna
dan berbekas nikmatnya di dalam diri.
Jika semuanya
itu dapat dilakukan dengan sempurna, insyallah, pasti amalan solat kita
diterima Allah dan benteng diri terhadap godaan nafsu dan syaitan untuk
melakukan perkara-perkara keji dan mungkar, dapat diperkukuhkan.
Prof Madya Dr.
Hasnan Kasan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hasnan, adalah merupakan seorang
pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan lulusan
Universiti Al-Azhar. Beliau telah membuat kajian yang mendalam tentang solat
selama beberapa tahun dan telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Mari
Memahami & Menghayati Bacaan Solat".
Di dalam ebook
Rahsia Solat, anda akan didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan solat. Dari
topik pengenalan tentang keistimewaan solat, kunci-kunci untuk khusyuk dalam
solat, penerangan secara terperinci tentang maksud bacaan-bacaan dalam solat
serta apakah kesan-kesan yang akan diperolehi apabila seseorang itu dapat
mengerjakan solat dengan sempurna dan terbaik.
Bab 1 : Hukum Solat
Bab 2 : Bacaan-Bacaan Dalam Solat
Bab 3 : Kesan Solat Yang Ditunaikan
Dengan Sempurna Zahir Dan Batin
Ianya adalah
setebal 95 mukasurat, dan di dalam format PDF.
DENGAN MILIKI EBOOK ini
ANDA dapat sekali dengan 4 Sesi Video Rakaman SEKALI !! Bestnya…Mudah
Kita Nak Faham. Ada Video….
Selain dari
ebook, satu rakaman juga telah berjaya dibuat ketika Ustaz Hasnan mengendalikan
"Bengkel Pemantapan Solat" kepada
sebilangan pelajar
dari Universiti
Sains Islam Malaysia. Bengkel selama satu hari ini telah berjaya dirakamkan dan
dipecahkan kepada 4 buah video.
Video 1 :
Pengenalan Tentang Solat
Video 2 :
Memahami Bacaan Dalam Solat
Video 3 :
Membetulkan Perbuatan Di Dalam Solat
Video 4 : Sesi
Soal Jawab
JOM
dapatkan Ebook & Rakaman Video Ini sekarang!
dengan ANDA klik
link dibawah ini .......
Semoga
perkongsian Ebook Rahsia Solat ini membantu anda semua dalam beribadah kepada
Allah dengan Khusyuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan