Teknik Buat Duit di Wechat

Rahsia Rumah Lelong

Selasa, 12 Disember 2017

ANDA MAHU BERKERJA TAPI MASIH BELUM MENDAPAT PEKERJAAN LAGI ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada  pelawat  Blog buku-ebook-iman.

Hari ini  ,iman nak kongsikan satu  topik mengenai pekerjaan.
Anda semua sudah tahu mencari pekerjaan bukannya senang pada zaman kini  kerana  kemudahan di negara sudah semakin canggih .
Oleh sebab itu, peluang   pekerjaan  kali ini amat mencabar kerana mereka ingin mengambil pekerja yang sangat berpengalaman dan berkemahiran tinggi .
Tapi anda tidak perlu risau ,  anda boleh mendapat  kerja dan gaji yang sangat lumayan dengan berkerja di singapura .


MAHU KERJA DI SINGAPURA, TAPI TAK TAHU BAGAIMANA CARANYA?  NAK PAKAI AGEN, TAPI TAKUT KENA TIPU?




Mari Saya Tunjukkan Anda Bagaimana Anda Boleh Bekerja Di Singapura Dengan Gaji 3X Ganda Lebih Besar DAN Jimat Beribu-ribu Ringgit Tanpa Perlu Membayar Khidmat Agen!

Buat masa ini, kadar tukaran matawang antara Singapore Dollar  - Ringgit Malaysia  ialah sekitar 1SGD = RM3.10

Berdasarkan pengalaman penulis ini ,memang zero!, tapi penulis ini menetap di negeri yang berdekatan  dengan singapura, johor ler kan (JDT). Nak cerita kawan penulis yang kerja kat singapura memang ramai. 

Diaorang memang ada share pasal kerja kat sana, enviroment dia, sosial dia dan macam-macam lagilah. Kalau korang tak biasa, mungkin akan kecundang awal. 
Takut tak tahan dengan psikologi, pressure dia dan macam-macam lagilah.

.Pada pendapat Mira lah , ramai hati orang malaysia yang kental mahu kerja di singapura ini. Semuanya demi wang ringgit, dan masa depan yang cemerlang.

Tapi sebelum tu, mesti anda tertanya-tanya..siapa lah, penulis  yang Mira sebut- sebutkan itu.

Penulis yang Mira sebutkan itu ialah Encik Haniza Rashid. Beliau seorang perunding kerjaya. Pengalaman beliau bekerja di Singapura serta bekerjasama dengan agensi pekerjaan yang 
berdaftar dari Singapura membolehkan beliau  melihat pelbagai isu dan  masalah yang 
dihadapi oleh rakyat Malaysia apabila mahu bekerja di Singapura.

ADA SPM JER, BOLEH KERJA KE?

Ini semua boleh settle lah. Yang penting hati kena mahu kental, itu jer. 
Kerja jadi cleaner pun teruk-teruk 1000 sgd, belum convert ke malaysia, 
dalam lingkungan 2 setengah kali ganda, ikut matawang ekonomi semasa malaysia lah. 
Itu kita jangan fikir lagilah. Tak ade PMR dan UPSR pun tak ape. 

Ade macam – macam kerja boleh dipilih.
So, boleh jadi gaji korang tuh, tiga kali ganda dengan gaji yang sedia ada di malaysia ini. 

Sebab tuh kadang-kadang ada yang kerja di singapura dia dah target untuk beberapa tahun jer, 
untuk cukupkan modal dan juga cukupkan duit untuk buat busines sendiri bila dah kaya. 

Ia ibarat pekerja asing di yang kerja di malaysia, bangladesh, myanmar, kemboja, vietnam dan lain-lain lagi. Apepun, ada prosedur yang ditetapkan, kalau kita betul-betul mahu kerja disana.

UNDANG UNDANG DI SINGAPURA

Ketat, ini yang kita kena ikut sebab Singapore bukan di negara kita. 
CCTV is everywhere.
 Banyak pantang larang yang kita kena patuhi. 
Semua ini kalau korang tak boleh ikut, baik kerja di Malaysia jer. 
Jangan suka-suka nak ludah sana sini.
 Ini bukan malaysia, rokok pun jangan rokok sembarangan jer.
 Kena cari tempat yang sesuai, lintas jalan tuh, ikut tempatnya jangan main lintas jer.

TAK PANDAI ENGLISH, BOLEH KERJA ?

Boleh!! Sebabnye ramai pekerja yang kerja di sana pun bermula dari zero English. 
Boleh pakat – pakat belajar sedikit bahasa english basic dari diaorang. 
Lama -lama , berabuk lah korang punya english tuh. 
Macam orang asing kerja di malaysia, lama-lama sudah pandai cakap orang malaysia. hua hua..

4 KELEBIHAN BEKERJA DI SINGAPURA!

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang
2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!
3. Mudah Berpatah Balik dari Singapura ke Malaysia
4. Sah dengan guna permit  kerja & Kurang Berisiko!

ANDA MASIH RAGU –RAGU DAN WAS-WAS UNTUK BERKERJA DI SINGAPURA ?

Ya ,Mira tahu  mesti pelbagai persoalan yang berada di fikiran anda  untuk berkerja di Singapura .
Tapi anda jangan risau ,apa sahaja persoalan yang ada dalam minda  anda  bakal terjawab .

Memperkenalkan……..




Ebook ini dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF.

Di dalam ebook ini, Encik Haniza Rashid memberikan panduan yang lengkap dari A to Z.

Dari mula tentang bagaimana mencari kerja? 
Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan?
 Bagaimana untuk masuk ke Singapura? 
Nak bawak kereta atau motorsikal? 
Di mana mahu tidur dan bermalam sebelum dan selepas mendapat kerja?
 Bagaimana pembayaran gaji? 
Permit Kerja? 
Makan macam mana? 
Solat? Telefon? Bahasa? 
dan bermacam-macam lagi info yang padat dan penting yang pastinya akan
 dapat membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas
 tentang bekerja di Singapura!

Terdapat 5 Bab Utama di dalam ebook ini! Berikut adalah bab-bab yang terkandung di dalam ebook ini!

BAB 1 : STRATEGI MENCARI KERJA

Di dalam bab ini akan ditunjukkan anda bagaimana anda boleh mencari peluang kerja kosong di singapura hanya secara online sahaja.

Terdapat beribu peluang pekerjaan yang akan anda jumpai. Anda boleh lihat sendiri, berapakah gaji yang ditawarkan dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon. Anda boleh pilih kerja apa yang anda mahukan!.

Disini sahaja, anda sudah jimat masa dan beribu ringgit berbanding jika anda terus ke singapura untuk mencari kerja atau menggunakan khidmat agen untuk mencarikan kerja untuk anda.

BAB 2 : DOKUMEN-DOKUMEN PENTING

Ini bab yang sangat penting. Anda perlu tahu, apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk anda mencari kerja dan untuk anda masuk ke Singapura.

Undang-undang di Singapura agak ketat. Jika anda tercicir salah satu dokumen ini, anda mungkin tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura dan mungkin tidak akan diterima bekerja.

Malahan, sesetengah dokumen, mereka mahukan dokumen yang ASAL! Dokumen fotostat mereka tidak layan!.

BAB 3 : PENGANGKUTAN

Ada beberapa cara anda boleh memasuki Singapura. Sama ada menggunakan kereta, motosikal atau bas. Setiap satu cara diterangkan di dalam bab ini.

Pengangkutan untuk bergerak di dalam Singapura juga turut diterangkan di dalam bab ini.

BAB 4 : TEMPAT PENGINAPAN

Jika anda sememangnya tinggal di Johor Bahru bersama keluarga, ini mungkin tidak menjadi masalah. 

Tetapi, bagi yang bukan berasal dari Johor Bahru.
 Anda perlukan tempat menginap sama ada sebelum mendapat kerja
 ataupun selepas mendapat kerja.

Di dalam bab ini saya ada cadangkan tempat penginapan yang sesuai dengan kos yang rendah. 
Sesuai untuk penginapan sementara apabila anda sampai di Johor Bahru.

Malahan, saya tunjukkan juga cara-cara untuk anda mencari tempat tinggal yang tetap selepas anda mendapat pekerjaan di Singapura.

BAB 5 : HAL-HAL PENTING YANG LAIN

Di dalam bab ini, saya menerangkan hal-hal penting yang lain yang perlu anda tahu jika anda mahu bekerja di Singapura.

  • Apakah prosedur yang perlu anda lalui?
  • Perihal tentang gaji?
  • Siapa yang perlu membayar kos levi/permit kerja?
  • Bagaimana waktu bekerja di Singapura?
  • Bagaimana untuk solat? Adakah ruang solat disediakan?
  • Dimana untuk dapatkan makanan yang sedap dan murah?
  • Bagaimana pula dengan penggunaan telefon?
  • Apakah bahasa yang digunakan? Perlukah fasih berbahasa inggeris?

  • Semua persoalan diatas, akan terjawab di dalam bab ini!







MAAF ! BUKAN SEMUA ORANG SESUAI BEKERJA DI SINGAPURA!

Biar saya berterus terang dengan anda!. Walaupun bekerja di Singapura ini nampak glamour
 dan berpendapatan besar, namun, ianya bukanlah sesuai untuk semua orang.
 Ini kerana, suasana kerja dan persekitaran di Singapura adalah 
berbeza dari Malaysia.

Jika anda mempunyai ciri-ciri dibawah!  Anda tidak digalakkan untuk mendapatkan ebook ini dan tidak digalakkan mencari kerja di Singapura.

1.       MANJA.

Jika anda seorang yang manja dan tidak tahu berdikari. Sentiasa mengharapkan orang lain melakukkan semua perkara untuk anda. Anda tidak di galakkan untuk bekerja di Singapura.

2.       TIDAK SABAR & TIDAK TAHAN TEKANAN.

Bekerja di Singapura memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Jika anda seorang yang tidak penyabar, tidak tahan dengan tekanan, panas baran dan mudah melenting. Bekerja di Singapura tidak sesuai untuk anda.

3.       TIDAK MENEPATI WAKTU.

Suka datang lambat dan suka buat perangai "janji melayu"? Anda tidak layak untuk bekerja di Singapura.

4.       BLACKLISTED.

Jika anda termasuk dalam senarai hitam akibat hutang PTPTN atau hutang-hutang lain, serta termasuk dalam senarai individu yang tidak dibenarkan ke luar negara. Maka anda juga tidak boleh bekerja di Singapura. Anda boleh menyemak status sama ada anda di blacklist atau tidak disini!

5.       WARGA SABAH & SARAWAK DIBAWAH UMUR 35 TAHUN.

Ini adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Ministry Of Manpower , Singapura (MOM) sejak tahun 2012.

Jika anda tidak mempunyai ciri-ciri diatas, maka.. TAHNIAH! Anda mempunyai peluang yang cerah untuk beroleh pendapatan yang lumayan dengan bekerja di Singapura! Anda boleh dapatkan ebook ini sekarang dan mulakan hidup baru anda!




Bagaimana? Sudah bersedia untuk memulakan hidup baru yang lebih mencabar dan mengujakan?


ANDA DIPANGGIL UNTUK SESI TEMUDUGA JAWATAN KERAJAAN?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Hari ini, Blog buku-ebook-iman ingin kongsikan tentang  bagaimana anda boleh lulus temuduga kerajaan dengan mudah, tanpa menggunakan sebarang "kabel" atau bantuan dari "orang dalam"

Sememangnya,bekerja sebagai penjawat awam adalah merupakan impian ramai orang.

 Sama ada bagi yang baru sahaja tamat belajar, yang sedang belajar, malah yang sudah bekerja pun masih lagi mahu merebut jawatan di jabatan kerajaan.

 Maklumlah, kerja dengan kerajaan ini sememangnya ada banyak kelebihannya.


Mungkin ini kali pertama anda dipanggil untuk
 menghadiri temuduga kerja kerajaan ini!
Atau mungkin juga ini kali kedua atau ketiga anda
 dipanggil untuk temuduga!

Saya faham, sememangnya ada banyak persoalan serta kerungsingan yang
 bermain di fikiran anda pada waktu ini!

Risau, gementar, tidak tahu apa persediaan yang perlu dilakukan.. apakah soalan-soalan yang mungkin akan ditanya? Apa pula jawapan yang perlu diberikan?

Semuanya bercampur baru, tetapi dalam waktu yang sama.. anda juga turut berasa gembira kerana telah terpilih untuk ke sesi temuduga!

Jadi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada anda...

TAHNIAH! Kerana Anda Terpilih Untuk Ke Sesi 
Temuduga!

Impian anda untuk menyertai pasukan penjawat awam kini sudah semakin
 hampir!
Hanya tinggal satu langkah sahaja lagi untuk anda diterima masuk sebagai 
penjawat awam.
Terdapat banyak kelebihan jika anda berjaya menjawat jawatan sebagai 
kakitangan kerajaan iaitu,

·         Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
·         Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak
·         Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan
·         Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dengan kos pengurusan yang rendah
·         Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita
·         Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik
·         Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD)
·         Pemberian Cost of Living Allowance (COLA)
·         Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan
·         Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara
·         Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan


Namun begitu, ramai yang tersilap langkah dan tersungkur pada langkah ini!

Jadi jangan biarkan kesilapan-kesilapan kecil berlaku sewaktu sesi temuduga ini dan jangan biarkan ia menghancurkan imipian anda untuk menjawat jawatan sebagai pekerja kerajaan!

Pastikan diri anda betul-betul bersedia untuk menghadapi sesi temuduga tersebut kelak dan pastikan anda mempunyai sedikit kelebihan berbanding calon-calon yang lain!

Persaingan Yang Akan Anda Hadapi Sebenarnya..... Adalah Sangat Sengit!

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada tahun 2014 oleh Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA); Datuk Ramli Juhari, hampir 2.5 JUTA PERMOHONAN kerja telah diterima untuk menyertai perkhidmatan awam.

Permohonan ini adalah untuk mengisi jangkaan 80,000 kekosongan jawatan dalam sektor awam yang jelas menunjukkan persaingan yang sangat kompetitif di kalangan pemohon untuk memilih berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Ini Bermakna...

Hanya 3.2% Sahaja Yang Akan Dipilih!
Jadi, ia sememangnya satu persaingan yang amat sengit dan ia memerlukan lebih dari sekadar "NASIB!".


5 Sebab Utama Kegagalan!

Ini adalah fakta penting yang anda perlu tahu tentang calon-calon penemuduga!

1. Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persedian. Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja!

2. Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.

3. Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab!

4. Penampilan yang tidak tepat. Ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga.

5. Over Confident! Terlalu yakin!. Kesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.
Adakah anda pernah melakukan kesilapan-kesilapan ini?

Teruskan bacaan anda,  Jud Jamil akan bongkarkan kepada anda cara-cara untuk mengatasi semua kesilapan tersebut!

Siapa Jud Jamil Untuk Cakap Pasal Temu Duga Kerja Kerajaan Ini??

 Jud Jamil telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yanglalu.

Beliau pernah terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong  serta kerap menjadi panel temuduga.Beliau juga mempunyai kelulusan dalam Ijazah Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Utara Malaysia .

Ringkasnya, dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada, Jud Jamil ingin MEMBANTU anda supaya anda lebih bersedia dan yakin menghadiri temuduga kerja kerajaan.

Oleh itu ,Encik Jub Jamil telah menghasilkan  sebuah ebook yang dapat                                                 membantu anda untuk lulus temuduga  ini.

Memperkenalkan ....



Ebook ini adalah dalam bentuk file softcopy PDF yang ditulis berdasarkan segala ilmu dan pengalaman beliau dalam pengambilan pegawai-pegawai baru.

Berikut adalah antara isi kandungan, manfaat serta kelebihan yang bakal anda perolehi melalui pembacaan ebook ini:

.Kriteria ini akan dinilai sepanjang temu duga.

Anda perlu bersedia dengan mengetahui kriteria-kriteria tersebut supaya anda dapat menonjolkan diri anda seperti yang dikehendaki oleh panel temu duga kerja kerajaan.

1. Pembongkaran persediaan sebelum, semasa dan selepas menghadiri temu duga kerja kerajaan.
Ada diantaranya yang selama ini anda tidak menyedarinya dan mengetahuinya bahawa ia adalah salah satu punca anda gagal temu duga yang pernah dihadiri sebelum ini.

2. Pendedahan Teknik “Competency Based Interview (CBI)” yang perlu diketahui oleh calon-calon temu duga kerja kerajaan.
Teknik ini digunakan dalam temu duga kerja kerja kerajaan pada masa kini.  Anda akan lebih bersedia untuk menjawab 4 perkara akan diuji dalam soalan-soalan temu duga yang mengunakan Teknik CBI ini.

3. Pembongkaran 31 tips mudah untuk berjaya dalam temu duga kerja kerajaan.
 Anda akan didedahkan tentang panduan yang perlu diikuti supaya anda lebih tenang dan yakin menghadapi sesi temu duga. Ketahui tip-tip mudah ini dan kemudian anda praktikannya. Anda PASTI layak dipilih dalam temu duga kerja kerajaan seperti mereka yang telah berjaya berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

4. Adab temu duga dan etika pakaian yang PERLU dan ELAKKAN semasa menghadiri temu duga kerajaan.
Pandangan pertama panel temu duga terhadap anda adalah sangat penting untuk anda ‘menawan’ mereka. Jika anda berjaya ‘menawan’ panel temu duga, peluang anda untuk berjaya dalam temu duga kerja kerajaan adalah sangat tinggi.

5. Pembongkaran 4 proses temu duga kerja kerajaan dalam bentuk grafik yang mudah difahami.
Setiap proses mengandungi perkara-perkara penting yang dinilai oleh panel temu duga. Pengetahuan mengenai proses-proses ini akan meningkatkan keyakinan anda semasa menghadiri temu duga.

6. 20 contoh soalan berserta jawapan yang popular di kalangan panel temu duga.
Walau pun soalan-soalan tersebut popular, anda perlu mengetahui cara menjawabnya. Jawapan-jawapan anda sangat penting untuk menentukan kejayaan temu duga yang anda telah hadiri.

7. 115 tambahan soalan-soalan temu duga supaya anda lebih bersedia dan yakin. Pengetahuan mengenai soalan-soalan tersebut serta latih tubi menjawabnya mampu menonjolkan kelebihan diri anda daripada calon-calon lain.Anda tampak berpengetahuan, bersungguh-sungguh dan berminat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Ini memberi BONUS kepada anda.

8. 6 Rahsia yang perlu anda ketahui dan lakukan untuk berjaya dalam temu duga kerajaan.
Perkara-perkara “do” dan “don’t” yang perlu anda ketahui bagi menghadiri temu duga kerajaan. Walau pun sesuatu perkara itu dianggap mudah dan remeh, tetapi ia boleh mengurangkan markah temu duga anda.

Dan banyak lagi pendedahan dan pembongkaran yang boleh membantu anda membuat persediaan menghadapi temu duga supaya anda layak dipilih untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam dalam temu duga kerja kerajaan.

Sudah Bersedia Untuk Menjawab "Soalan-soalan Maut" Dari Panel Penemuduga?

Ø  Terangkan Tentang Diri Anda?
Ø  Apakah Kelemahan Terbesar Anda?
Ø  Anda Sudah Bekerja! Mengapa Anda Memohon Jawatan Ini?
Ø  Apakah Sikap Positif & Negatif Diri Anda?
Ø  Apa Kelebihan Anda Berbanding Calon Lain?
Ø  Kenapa Anda Mahu Kerja Dengan Kerajaan?
Ø  Apa Pendapat Rakan Sekerja Anda Tentang Diri Anda?
Ø  Apakah Pencapaian Terbesar Anda?
Ø  Apa Alasan Anda Untuk Berhenti Di Tempat Kerja Lama?
Ø  Apa Anda Nak Buat Kalau Pekerja Bawahan Anda Malas?

Pening mahu memikirkan jawapan-jawapan yang tepat dan sesuai dengan soalan-soalan diatas?

Anda tidak perlu risau, di dalam ebook ini akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk menjawab soalan-soalan diatas dan  akan diberikan beberapa contoh jawapan yang boleh anda gunakan untuk menjawab soalan-soalan seperti diatas ketika sesi temuduga nanti!



Dengan memiliki ebook ini, ia merupakan langkah bijak anda yang pertamauntuk menghadapi temu duga kerja kerajaan.

 Ilmu yang terdapat di dalam ebook ini akan menjadikan anda beberapa langkah ke hadapan berbanding calon yang lain!

Nanti Dulu! Ada Bonus Tambahan PERCUMA Untuk Anda!


BONUS #1 :72 Rahsia Menulis Resume Untuk Kerja Kerajaan

Dalam ebook ini, saya kongsikan 72 rahsia yang boleh anda lakukan untuk menulis resume bagi memohon kerja kerajaan.

BONUS #2 :Pilihan 51 Templates Resume

Terdapat 51 pilihan templates yang dapat membantu anda dengan mudah dan cepat untuk menyiapkan resume anda.

BONUS #3 :Tips Bergambar Pakaian Semasa Temu Duga Kerja Kerajaan
Terdapat 46 muka surat bergambar pakaian dan aksesori untuk lelaki dan wanita  yang boleh dipakai semasa temu duga kerajaan. INGAT! Pandangan pertama panel temu duga terhadap anda adalah sangat penting.

Cepat! Usah Bertangguh-Tangguh Lagi Untuk Terpilih Berkhidmat Dalam Sektor Awam .

Jika anda benar-benar mahu lulus temuduga kerajaan nanti, jangan tunggu lagi kerana ebook inilah yang anda amat perlukan sekarang!









Isnin, 11 Disember 2017

" SIAPA DI SINI SUKA MAKAN DAGING KAMBING?"


Assalamualaikum dan salam sejahtera
hari ini,blog buku-ebook-iman nak kongsikan tentang cara untuk anda memulakan perternakan kambing dengan mudah.
Baru -baru ini ,pihak media sering membincangkan tentang kisah-kisah kejayaan petani dan juga penternak yang mampu menjana pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan hasil daripada tanaman dan juga ternakan yang mereka usahakan.


APAKAH KHASIAT YANG TERDAPAT PADA DAGING KAMBING ?


Daging kambing mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Ianya baik untuk jantung dan mempunyai kandungan lemak yang rendah berbanding daging lain serta  kaya dengan protein dan pelbagai zat lain. Sesetengah masyarakt mengatakan daging kambing merupakan penyebab utama penyakit darah tinggi. Ia sebenarnya fakta yang salah.
Berdasarkan kajian dari  ACES ,membuktikan bahawa daging kambing dapat membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat. berbeza sungguh dengan apa yang kita fahami dalam budaya masyarakat kita.
TAHUKAH ANDA ?
Penternakan kambing merupakan satu bisnes yang sangat menguntungkan! Ia menjadi pilihan Rasulullah S.A.W dalam memulakan perniagaan pertama baginda.
Kambing merupakan salah satu makanan kegemaran Rasulullah. Dan susu kambing merupakan susu kedua terbaik selepas susu ibu.
Susu kambing sebenarnya lebih sesuai untuk dijadikan penganti kepada susu ibu berbanding susu lembu.kerana ia merupakan satu makanan sunnnah yang digalakkan di dalam Islam.
Bagi sesentengah orang,mereka tidak menyukai bau hamis susu kambing. Namun dengan teknologi yang ada pada hari ini, bau hamis ini boleh dihilangkan tanpa menjejaskan khasiatnya.
Ia dijadikan susu tepung dan menjadikan ia lebih tahan lama dan mudah untuk dibawa dan untuk perjalanan jauh.
Kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.
Ramai yang masih tidak tahu akan potensi penternakan kambing sebagai satu daripada bisnes yang boleh memberikan pulangan berganda dalam masa yang singkat. Mungkin sebab itulah ketika zaman remaja Rasulullah menternak kambing.
Binatang ternakan lain seperti lembu dan kerbau hanya melahirkan seekor anak. Ia membuatkan tempoh untuk anda mengembangkan ternakan anda lebih lambat dan mengambil masa.
Industri penternakan kambing bagi tujuan mendapatkan daging juga semakin meningkat apabila kambing jenis pedaging seperti boer dan jamnapari diimport untuk dikacukan dengan baka sedia ada untuk menghasilkan baka kambing yang lebih besar dan lebih banyak daging. Kini harga seekor kambing boleh mencecah ribuan ringgit seekor.
Jika anda mencari peluang bisnes, penternakan kambing merupakan satu peluang perniagaan yang tidak patut anda lepaskan. Tidak tahu selok belok penternakan kambing?

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMULAKAN PENTERNAKAN KAMBING DENGAN MUDAH DAN MENJADI SEORANG PENTERNAK YANG BERJAYA.


Di sini pastinya ramai yang ingin mengetahui cara menternak kambing dengan betul. Mencari informasi bagaimana nak mulakan penternakan ?
Jangan risau kerana Saudara Farid akan membantu anda kerana  beliau  merupakan seorang penternak kambing yang berjaya dan ingin kongsikan ilmu tersebut dengan anda dengan  mengeluarkan sebuah ebook yang boleh membantu anda dari A hingga Z .
Jadi, Mira syorkan anda membaca ebook yang ditulis khas pasal penternakan kambing dari awal hingga akhir..





Ebook ini dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF.
Ebook ini bukan sahaja mengandungi maklumat-maklumat berkaitan penternakan kambingtetapi ia juga mengandungi pengalaman-pengalaman berharga daripada penternak-penternak kambing yang lain yang sudah Berjaya.
Di dalam ebook ini saya akan menunjukkan kepada anda tentang
  • Bagaimana mencari sumber modal bagi projek penternakan anda
  • Tips pemilihan baka kambing untuk memulakan projek penternakan anda
  • Bagaimana membina kandang dengan kos yang rendah
  • Bagaimana menyediakan bekalan makanan yang mencukupi dengan kos yang rendah untuk ternakan anda
  • Bagaimana memerah susu kambing dengan betul
  • Bagaimana menyambut kelahiran kambing
  • Gejala-gejala atau penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh kambing dan bagaimana cara merawatnya, serta
  • Bagaimana memasarkan ternakan kambing anda
 ANDA SUDAH SEDIA UNTUK MEMILIKI EBOOK INI


Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?
Untuk memuaskan hati anda, saya akan tunjukkan "Isi Kandungan" ebook ini kepada anda beserta penerangan ringkas mengenai apa yang akan anda pelajari.
ISI KANDUNGAN
1. Kenapa Kambing?

Dalam ebook ini menceritakan tentang 6 kelebihan penternakan kambing serta memberikan anda tempat-tempat sumber rujukan untuk anda memulakan pernternakan kambing.
2. Modal & Sumber Kewangan

Terdapat 4 cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan.
3. Kandang Kambing

Menerangkan dengan terperinci 10 perkara yang penting tentang kandang siap Serta beberapa tips bagaimana anda boleh berjimat di dalam membina kandang.
4. Makanan Kambing

Makanan penting untuk menghasilkan kambing yang bermutu ,Akan diceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh anda jadikan sebagai makanan kambing. Diberi penrengan secara bergambar langkah-demi-langkah penanaman rumput untuk kambing serta tips ringkas untuk menjimatkan kos makanan.
5. Baka Kambing

Menceritakan tentang 5 jenis baka kambing yang boleh anda pilih disamping menerangkan dengan terperinci tentang kaedah-kaedah yang digunakan untuk memilih kambing yang ingin dijadikan baka.
6. Pembiakan Kambing

Penerangan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anak dan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir.
7. Masalah Kambing

Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya.
8. Teknik Memerah Susu

Penerangan secara bergambar bagaimana memerah susu kambing dengan betul. Seronok & puas beb dapat perah susu kambing nie!
9. Pengurusan Kambing

Jadual harian di dalam menguruskan penternakan kambing.
10.Pemasaran

Menyenaraikan 8 kaedah dan saluran yang boleh anda gunakan di dalam memasarkan hasil penternakan kambing anda
Banyak kan info yang sangat berguna dalam ebook ini ?
Jika anda serius untuk menceburi bidang penternakan kambing. Ia merupakan satu panduan yang wajib anda ada. Ia dapat membantu anda menguruskan penternakan kambing anda dengan lebih baik.
JADI APA TUNGGU DAPATKAN EBOOK INI  SEKARANG!!





Jumaat, 8 Disember 2017

ANDA INGIN BUAT BISNES & NAK CARI DUIT LEBIH UNTUK MENYARA KELUARGA ? Tapi Masih Tak Tahu Nak Buat Bisnes Apa?


Assalammualaikum  & salam hormat buat anda...

Hari ini, Blog buku-ebook-iman ingin kongsikan tentang cara untuk anda menjana RM7K  dengan hanya menjual air sahaja !



Izinkan saya menceritakan serba sedikit pengalaman serta latar belakang usahawan yang berjaya ini!
Namanya , Mizan Sulaiman. Mizan Sulaiman telah memulakan perniagaan  air balang  sejak tahun 2008 lagi di pasar ramadhan. Selain itu, dia juga turut menjalankan bisnes air balang ini di pasar malam, pasar tani, dan juga di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.
Tahun lepas! Sewaktu Mizan berniaga air di bazar Ramadhan, dia telah mendapat keuntungan sehingga mencecah lebih RM7,000.

Apa yang lebih menarik lagi... pendapatan  dia perolehi dengan hanya meniaga di satu lokasi pasar ramadhan sahaja dengan  menjual 3 balang air sahaja!

Ianya bukanlah nasib semata-mata.... Tapi ada "STRATEGI RAHSIA"  yang dia  lakukan hasil dari pengalaman berniaga air sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Anda ingin tahu strategi beliau , "KLIK DI SINI"

Kos niaga air balang sangat rendah dan untung lebih dari 1000%

Anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.

Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000.  (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)

Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Kadar keuntungan kasar bisnes air ini...  selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

Macam Best Je Bisnes Jual Air Ni!
Senang Ke Nak Buat?

Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran!

Pertama sekali, dari segi MODAL!

Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.
Kemudian, selepas anda membuat berbelas-belas balang air itu.. Comfirm ke semua air dalam balang tu boleh habis terjual setiap hari?

Tahukah anda!

Kebanyakkan peniaga-peniaga yang berjaya menjual "sold-out" berbelas-belas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga "Otai" orang kata..... Mereka sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan confident!

Berbanding anda yang baru mahu mula menjual air! Ianya mungkin sedikit sukar. Peniaga-peniaga lama itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air dulu pun.. mereka hanya bermula dengan beberapa balang sahaja!

Menjual Air Ini Memang Kerja Mudah... TAPI..

Jika balang air anda serupa sahaja dengan balang 10 peniaga air yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan. Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepastu, mereka takkan beli lagi!
Jadi!..
  • Macam mana nak tarik pelanggan?
  • Macam mana nak buat air yang sedap?
  • Macam mana nak jimatkan kos?
  • Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
  • Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?



SEMUA JAWAPAN BAGI PERSOALAN DI ATAS  ADA DI DALAM EBOOK INI !




Minat untuk anda berniaga sudah berkobar-kobar! Tapi ilmu tentang bisnes ini ZERO! Konon-konon dah tahu buat air yang tersedap maka bisnes akan meletop! Tapi sangkaan anda  jauh meleset!
Rupa-rupanya, masih banyak perkara-perkara yang anda tidak  tahu. Sebagai peniaga baru, terlalu banyak perkara trial & error yang terpaksa anda lakukan, ianya membuang masa, membuang duit dan tenaga.

Hasilnya begitu mengecewakan! Hasil jualan yang tidak seberapa!

Disebabkan itu, saya sarankan anda membaca  ebook yang akan memberikan anda panduan yang lengkap di dalam memulakan dan menjalankan bisnes air balang ini!
Memperkenalkan!...

Panduan Memulakan Bisnes Air Balang!




Ebook ini dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Ebook ini berdasarkan pengalaman Mizan Sulaiman sendiri berniaga air balang sejak tahun 2008. 

Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang beliau kongsikan.. meliputi panduan, strategi, resepi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta operasi bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.

 Ebook ini mempunyai 60 halaman yang padat dengan info-info real dari seorang "usahawan yang real" yang berniaga sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival serta pesta. 

Apa Yang Di Bongkarkan Dalam Ebook Ini?

Berikut adalah  hidangan kepada anda menerusi ebook ini!

BAB 1 : CARA MOHON TAPAK NIAGA
BAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZAR
BAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPAN
BAB 4 : PERSEDIAAN & PENGURUSAN MASA BERNIAGA
BAB 5 : RESEPI 15 JUS BEST SELLER
BAB 6 : RAHSIA SULIT JUS YANG LARIS
BAB 7 : CASE STUDY - BAGAIMANA SAYA JANA RM7K SEBULAN DENGAN BISNES AIR

WOW! Begitu banyak ilmu serta rahsia yang saya bongkarkan di dalam ebook ini! Saya pasti, sebaik sahaja anda selesai membaca ebook ini, anda pasti akan teruja dan tidak sabar-sabar untuk berniaga air balang!


Jalan shortcut sudah tersedia untuk anda! Anda boleh ambil pengalaman saya berniaga selama 8 tahun, hanya dalam masa beberapa jam sahaja dengan cara membaca ebook ini.


ANDA INGIN MEMBACA & MEMILIKI EBOOK INI :  ''KLIK DISINI ''

Nak Tahu? Macam Mana Saya Jual Barang Kepada "Mat Saleh"... Dan Jana Ratusan & Ribuan USD Setiap Hari? USD tau... Bukan RM!

TANPA  Perlu Saya  SIMPAN STOK ,  TANPA  Perlu Layan  WASSAP , Dan....  TANPA  Perlu Susah Payah  BUNGKUS & HANTAR  Barang! Mari sa...